Keputusan SPM Yang Layak Masuk Universiti


Peluang untuk meneruskan pembelajaran ke tahap universiti terbuka kepada semua orang dan tidak semestinya semua program pengajian memerlukan anda memenuhi syarat-syarat yang sama. 

Oleh itu, salah satu tindakan penting selepas mendapat keputusan SPM ialah melakukan penyelidikan tentang pelbagai jenis institusi dan kursus pengajian yang tersedia di Malaysia. Jom kita lihat apakah keputusan yang diperlukan untuk melayakkan diri untuk kursus yang anda inginkan.

 

Universiti Awam Malaysia
Photo by Vitalina

Syarat Am Untuk Masuk Universiti Awam / Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)?

Hanya warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap (Permanent Resident) yang mempunyai nombor kad pengenalan atau MyKad sahaja yang layak untuk memohon masuk IPTA di Malaysia. Untuk pelajar yang bukan warganegara pula, permohonan perlu dibuat secara terus kepada Universiti Awam yang berkaitan.

Senarai Destinasi Lepasan SPM Dan Syarat Berkaitan

Berikut adalah destinasi untuk para pelajar lepasan SPM dan juga kelayakan yang diperlukan untuk setiap destinasi berkaitan.

1. Syarat Kelayakan Universiti Awam / IPTA

Untuk masuk Universiti Awam atau IPTA, seorang lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya gred C (Kepujian) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Jika anda gagal Bahasa Melayu dalam SPM, jangan putus asa. Keputusan Kepujian dalam Bahasa Melayu dari SPM Ulangan (SPMU) juga diambil kira.

2. Syarat Kelayakan Program Matrikulasi

Matrikulasi merupakan salah satu pilihan program pra-universiti yang membantu para pelajar lepasan SPM bersedia untuk melangkah masuk alam universiti. Terdapat empat jurusan utama yang ditawarkan kepada pelajar Matrikulasi. Terdapat program yang bertempoh dua semester atau empat semester.

Sebelum kita melihat keperluan setiap jurusan secara terperinci, berikut adalah syarat am untuk masuk program Matrikulasi:

  1. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Calon SPM tahun semasa.

Sekarang, kita lihat pula syarat kemasukan dan keperluan keputusan SPM untuk jurusan-jurusan Matrikulasi yang ditawarkan di Malaysia.

Syarat Kelayakan Jurusan Sains Matrikulasi

C – Bahasa Melayu

C – Bahasa Inggeris

B – Matematik

C – Matematik Tambahan / Add Maths

C – Kimia

C – Fizik atau Biologi

Lulus – Sejarah

Syarat Kelayakan Jurusan Kejuruteraan Matrikulasi

C – Bahasa Melayu

C – Bahasa Inggeris

B – Matematik

C – Matematik Tambahan / Add Maths

C – Fizik

Lulus – Kimia

Lulus – Sejarah

C – salah satu mata pelajaran berikut:

  • Biologi
  • Sains Tambahan
  • Asas Kelestarian
  • Pertanian
  • Sains Rumah Tangga
  • Reka Cipta
  • Sains Komputer
  • Sains Sukan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Grafik Komunikasi Teknikal
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi
  • Perniagaan
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kimia

Syarat Kelayakan Jurusan Perakaunan Matrikulasi

C – Bahasa Melayu

C – Bahasa Inggeris

C – Matematik

Lulus – Sejarah

C – tiga mata pelajaran dari senarai berikut:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains
  • Sains Tambahan
  • Asas Kelestarian
  • Pertanian
  • Sains Rumah Tangga
  • Reka Cipta
  • Sains Komputer
  • Sains Sukan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Grafik Komunikasi Teknikal
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi
  • Perniagaan
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanik
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Matematik Tambahan

Syarat Kelayakan Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Matrikulasi (Bumiputera Sahaja)

C – Bahasa Melayu

A – Bahasa Inggeris

A – Matematik

C – Matematik Tambahan

Lulus – Sejarah

Lulus – Ujian aptitud dan temuduga

A – dalam tiga mata pelajaran dari senarai berikut:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains
  • Sains Tambahan
  • Asas Kelestarian
  • Pertanian
  • Sains Rumah Tangga
  • Reka Cipta
  • Sains Komputer
  • Sains Sukan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Grafik Komunikasi Teknikal
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi
  • Perniagaan
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

3. Syarat Kelayakan Politeknik

Politeknik merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin mengejar masa depan dalam bidang-bidang teknikal kejuruteraan, teknologi maklumat, dan perdagangan. Terdapat dua jenis Politeknik di Malaysia iaitu: 

  • Politeknik PremierUntuk masuk Politeknik Premier, anda perlu mendapat lima (5) kepujian atau C bagi mata pelajaran yang ditetapkan.
  • Politeknik Konvensional / MetroUntuk masuk Politeknik Konvensional / Metro pula, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian atau C bagi mata pelajaran yang ditetapkan.

Senarai Mata Pelajaran Yang Ditetapkan Untuk Kemasukan Politeknik

  1. Bahasa Melayu (wajib lulus)
  2. Sejarah (wajib lulus)
  3. Bahasa Inggeris
  4. Matematik
  5. Sains / Fizik / Kimia

Lima mata pelajaran di atas merupakan keperluan asas untuk melayakkan diri ke Politeknik. 

4. Syarat Kelayakan Institusi Pendidikan MARA (iPMA)

Di Malaysia, terdapat beberapa universiti dan pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh MARA yang dipanggil Institusi Pendidikan MARA (iPMA). Berikut adalah senarai iPMA:

  1. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  2. Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
  3. Kolej Profesional MARA (KPM)
  4. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  5. German-Malaysian Institute (GMI)
  6. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  7. MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  8. Institut Kemahiran MARA (IKM)

Institusi-institusi di atas menawarkan pelbagai program pengajian termasuk Program Pengajian Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma, dan Ijazah Pertama.

Syarat kemasukan ke mana iPMA bergantung kepada program pengajian dan kursus yang dipilih. 

5. Syarat Kelayakan Program Teknikal dan Latihan Kemahiran

Bagi pelajar yang lebih berminat dengan bidang kemahiran berbanding akademik, pilihan untuk menyambung pengajian dalam Program Teknikal dan Latihan Kemahiran adalah pilihan yang sangat baik. Berikut adalah senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang anda boleh masuk dan syarat-syarat kelayakan untuk setiap institusi:

Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Boleh membaca dan menulis.
  3. Berusia 18 hingga 30 tahun.
  4. Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5.
  5. Belum berkahwin atau bujang.
  6. Sihat tubuh badan.
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran).
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  10.  Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Untuk keperluan akademik pula, syarat-syarat ditetapkan mengikut program pengajian dan kursus yang dipohon.

Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)

Bagi anda yang lebih cenderung terhadap aktiviti pertanian, anda boleh membuat permohonan untuk menyertai BLKP dan mendapatkan sijil Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK).

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh pendaftaran.
  3. Lulus SPM.
  4. Boleh membaca, mengira dan menulis.
  5. Sihat tubuh badan dan boleh melakukan kerja-kerja di lapangan.
  6. Bagi pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP).

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

ILJTM ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Seperti yang dinyatakan, kursus-kursus ILJTM memberi fokus terhadap permintaan tenaga kerja dalam pelbagai industri yang wujud di Malaysia.

Berikut adalah syarat kemasukan ILJTM untuk lepasan SPM:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun.
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM).
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja).
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

6. Syarat Kelayakan Tingkatan 6

Walaupun pengajian Tingkatan 6 berlangsung di persekitaran sekolah, program ini merupakan salah satu program pengajian pra-universiti yang sangat berkesan untuk melayakkan anda ke universiti. Terdapat syarat am untuk melayakkan diri ke Tingkatan 6 dan syarat khusus mengikut bidang.

  1. Lulus SPM.
  2. Sekurang-kurangnya kepujian atau C dalam Bahasa Melayu.
  3. Berumur 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

Syarat Khas Kelayakan Tingkatan 6 Mengikut Bidang Pengajian:

Bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
  • Sekurang-kurangnya tiga kepujian ataupun C dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Bidang Sains Sosial

Sekolah Menengah Harian

  • sekurang-kurangnya tiga kepujian ataupun C dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

7. Syarat Kelayakan Kolej Komuniti

Kolej komuniti di Malaysia ditubuhkan di Malaysia untuk memberi peluang kepada warganegara untuk mendapatkan latihan dan kemahiran. Satu keistimewaan kolej komuniti ialah keutamaan diberikan kepada penduduk setempat.Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan dan para graduan kolej komuniti boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di kolej komuniti, politeknik, atau institut pengajian tinggi lain.

Berikut adalah syarat kelayakan untuk masuk kolej komuniti:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus SPM.
  3. Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  4. Calon-calon dari kalangan penduduk setempat akan diberikan keutamaan.
  5. Untuk program diploma, hanya lulusan dari Sijil Komuniti sahaja layak memohon.

8. Syarat Kelayakan Institut Pendidikan Guru (IPG)

 

Terdapat ramai pelajar yang bercita-cita menjadi guru untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada generasi masa depan. Jika anda merupakan salah satu individu tersebut, jangan terlepas peluang untuk masuk Institut Pendidikan Guru (IPG).

Berikut adalah syarat kelayakan untuk masuk IPG:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun.
  3. Sihat tubuh badan. 
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus SPM dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian ataupun C dalam mata pelajaran seperti berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Sejarah
    3. Bahasa Inggeris

9. Syarat Kelayakan Permohonan Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM)

Diploma PPUM merupakan satu pilihan yang baik untuk mereka yang berminat dengan bidang kejururawatan dan perubatan. Terdapat tiga program diploma yang ditawarkan iaitu Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi, dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Para pemohon perlu memenuhi syarat am dan syarat akademik untuk melayakkan diri ke program Diploma PPUM.

Syarat Am Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaysia PPUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 25 tahun.
  3. Bujang atau belum berkahwin.
  4. Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikan calon tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Syarat Akademik Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaysia PPUM

C – Bahasa Melayu

C – Bahasa Inggeris

C – Matematik

Lulus – Sejarah

Untuk Program Diploma Kejururawatan:

Memperoleh kepujian atau C dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran ialah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan kepada mata pelajaran Biologi).

Untuk Program Diploma Radiografi:

Memperoleh kepujian atau C dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan kepada mata pelajaran Fizik dan Biologi).

Untuk Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan:

Memperoleh kepujian atau C dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan kepada mata pelajaran Kimia dan Biologi).

10. Syarat Kelayakan Advanced Level (A-Level)

Program pengajian A-Level merupakan salah satu pilihan untuk mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan juga luar negara. Program ini boleh disamakan dengan Tingakatan 6 di negara UK. Terdapat pelbagai subjek yang boleh diambil dan para pelajar perlu mengambil minima 3 subjek dan maksima 4 subjek sahaja. Pelajar Malaysia diwajibkan untuk mengambil Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.

Untuk melayakkan diri ke A-Level, anda perlu mendapat keputusan minima 5 kredit (gred C hingga A+) termasuk Bahasa Inggeris untuk menduduki A-Level. GCE O-Level juga diterima.

11. Syarat Kelayakan International Baccalaureate (IB)

Pendidikan di luar negara merupakan impian ramai pelajar dan program International Baccalaureate merupakan salah satu cara untuk mengorak langkah ke alam pendidikan antarabangsa. Program ini ditadbir oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Hanya terdapat beberapa institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan awam yang menawarkan program IB.

Untuk institusi pendidikan swasta, pemohon perlu mendapat keputusan SPM tidak kurang dari A2 dalam semua subjek dan agregat kurang dari 10. Untuk institusi pendidikan awam pula, pemohon perlu mendapat semua A dalam SPM.

12. Universiti / Kolej Swasta / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Sistem pendidikan di Malaysia tidak terhad kepada sistem awam sahaja. Terdapat banyak IPTS di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis kursus merentasi bidang teknikal, kreatif, dan sosial. Tambahan pula, beberapa universiti swasta di Malaysia diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan membolehkan para graduan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Antara universiti swasta terkemuka di Malaysia ialah UOW Malaysia KDU yang merupakan salah satu universiti dalam rangkaian global University of Wollongong yang berpusat di Australia.

UOW Malaysia KDU menawarkan kursus-kursus pengajian dalam bidang bisnes, kejuruteraan, perundangan, dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman web UOW Malaysia KDU untuk mendapatkan maklumat penuh tentang syarat-syarat kemasukan mengikut kursus yang dipilh.

Buat Pilihan Mengikut Minat dan Perancangan Anda

Artikel ini telah menyediakan senarai destinasi lepasan SPM serta kelayakan yang diperlukan untuk anda memohon masuk ke destinasi-destinasi tersebut. Jelas sekali, peluang untuk melanjutkan pelajaran wujud untuk semua pelajar. Kita hanya perlu mencari institusi dan program yang sesuai dengan keputusan SPM yang diperoleh.

Pengakhiran fasa sekolah menengah dan penerimaan keputusan SPM bukan titk noktah dalam kehidupan. Sebaliknya, detik tersebut merupakan permulaan sebenar kita dalam mengorak langkah ke alam dewasa. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

分享

25 October 2022

CATEGORY

Education and Career